picasion.com

Friday, May 29, 2020

VUCA World (Volatile Uncertainty Complex Ambiguous )..

Di akhir-akhir ini, ungkapan ketidakpastian kian kerap dibincangkan, baik di kalangan perniagaan, usahawan, professional, hingga ke pemandu teksi. Dan ketidakpastian tersebut berkadar langsung dengan keresahan berbagai pihak, khususnya rakyat jelata.
.
Sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh  Albert Einstein bahwa  “uncertainty is part of reality”  yang maknanya adalah “ketidakpastian adalah sebahagian 
dari kenyataan”.Benar setiap perubahan sudah tentu membawa ketidakpastiandan nyatanya ketidakpastian itu sendiri adalah sesuatu yang pasti terjadi.
.
Apa yang harus kita lakukan terhadap ketidakpastian ini?

Apakah dengan terus mengeluh dan menyalahkan keadaan , menyelesaikan masalah ?
.
Keadaan dunia hari ini disebut VUCA , singkatan dari Volatile yang bermakna sementara dan berubah-ubah, Uncertainty yang bererti tidak pasti, Complex yang diterjemahkan sebagai rumit dan Ambiguous yang ditafsirkan dengan ambigu alias multi tafsir.
.
Sehingga keadaan VUCA adalah keadaan yang dianggap “normal” masa ini, dengan kata lain jangan hairan, jangan takut dan jangan bimbang bahwa ketidakpastian sekarang adalah sesuatu yang normal.
.
Jadi bagaimana cara merespon ketidakpastian yang sekarang  dianggap normal itu?
.
Berikut adalah langkah-langkah  untuk menghadapi sesuatu yang tak pasti, langkah tersebut bernama VUCA, jadi keadaaan VUCA kita atasi dengan langkah VUCA jugabezanya adalah VUCA sebagai langkah untuk menghadapi ketidakpastian merupakan singkatan dari beberapa cara iaitu:
.
1V bererti Vision bererti visi atau pandangan jauh ke depan untuk mengatasi keadaan Volatile atau perubahan yang sementara dan cepat.
Langkah yang pertama terbukti sangat berkesanpenelitian yang dilakukan oleh  Jack Canfield membuktikan 75% orang yang berjaya adalah mereka yang memiliki visi yang jelas . Intinya ketika kita memeliki Visi jelas , jangan sekali-kali mengalah dengan Visi itu jika terjadi perubahan yang mendadak, tetapi berkompromi dengan cara mencapai Visi itu.
Maka dengan demikian Visi yang jelas ini akan berfungsi sebagai pemandu jalan mencapai harapan sekaligus landasan yang kuat ketika berlaku keadaan Volatile.
.
2U bermakna Understanding atau pemahaman untuk mengatasi situasi Uncertainty atau ketidakapastian.
Langkah yang kedua ini sungguh digalakkan ketika ketidakpastian datang silih berganti, dengan pemahaman yang menyeluruh terhadap situasi itu, maka apapun ketidakpastian yang terjadi boleh diatasi.Dengan pemahaman yang kuat, akan membuat kita semakin percaya bahwa pada setiap perubahan tersembunyi peluang untuk kemajuan, gunakan peluang dengan pemahaman yang baik serta pengetahuan yang selalu diperbarui.
.
3C untuk Clarity atau ketajaman atau kejelasan, langkah yang ketiga ini sangat sesuai digunakan untuk mengatasi keadaan  Complex atau rumit.
.
4A bererti Agility atau kelincahan dan  ketangkasan. Langkah yang keempat ini memang sangat sesuai untuk mengatasi keadaan Ambiguous..
Ketika keadaan  berubah menjadi ambigu dan sulit untuk ditafsirkan apa makna dibalik ketidakpastian tersebut, kelincahan bergerak adalah cara paling tepat untuk bergerak balas dengan  apapun makna dari keadaan yang ambigu tersebut.Langkah keempat ini bermakna bahawa setelah ketiga langkah di atas anda lakukan maka kini saatnya berfokus kepada tindakan alias action, ya kerana hanya  tindakan yang akan menimbulkan kesan.
.
Ya memang hanya dengan ketajaman maka segala kompleksiti yang ada dalam situasi yang tidak pasti boleh dihurai satu per satu. Ketajaman ini hanya akan kita perolehi ketika 2 langkah di atas anda praktikkan secara berterusan.
.
Maka mulai saat inikita tidak perlu resah dan gelisah dengan berbagai macam ketidakpastiangunakan Langkah-langkah VUCA untuk menghadapi itu semua,
dan saksikan keajaiban yang akan terjadi bahwa kita bahkan mampu secara pasti melangkah di tengah-tengah ketidakpastian.
.
Inilah hasil dari Change Management Skill yang harus anda miliki mulai dari sekarang !!
.
Selamat Memimpin Perubahan !!


~Prof Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak - Mengurus Perubahan Dalam Dunia VUCA.~

Thursday, May 28, 2020

Sejarah Sekolah-sekolah Menengah Negeri Sembilan Darul Khusus

Arahan Kepada Pegawai Pentadbiran, Pengurusan dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) KPM Yang Berada Di Kampung Sepanjang Tempoh PKP Untuk Kembali Ke Kediaman Dan Tempat Bertugas.

Dalam pada itu juga, semua penyelia disarankan untuk menghubungi pegawai / anggota yang masih berada di kampung semasa PKP diumumkan untuk kembali bertugas di kediaman masing-masing dan seterusnya memulakan tugas berkuatkuasa 27 Mei 2020. Surat edaran KPM.100-1/5/1 Jld 2 (58) bertarikh 21 Mei 2020 - Arahan Kepada Pegawai Pentadbiran, Pengurusan dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) KPM Yang Berada Di Kampung Sepanjang Tempoh PKP Untuk Kembali Ke Kediaman Dan Tempat Bertugas adalah dirujuk sebagai punca kuasa.  

Tuesday, May 26, 2020

Jiwa Guru.

Bahan rujukan PBPPP 2020

Bahan rujukan untuk PK Pentadbiran..Dimohon semua PKP memuat turun bahan di bawah sebagai rujukan dan panduan. Terima kasih.

TS25 Modul 3 : Menerajui Pembelajaran

Modul 3 ini memberi penekanan kepada elemen-elemen penting berkaitan dengan pedagogi guru yang menjana kemenjadian murid. Fokus modul ialah amalan dan pendekatan pedagogi abad ke-21, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi, menggunakan pelbagai gaya pembelajaran, mengaplikasikan pentaksiran berterusan dan menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ke arah pembelajaran berkesan. Modul ini juga boleh merangsang transformasi sekolah melalui peningkatan profesionalisme guru dan pembelajaran murid.


TS25 Modul 2 : Menerajui Kepimpinan

Modul 2 memberi penekanan kepada pembinaan keupayaan dan kapasiti pemimpin sekolah untuk mengupayakan pemimpin pertengahan dalam menggerakkan program transformasi di sekolah masing-masing. Kemahiran menganalisis dan menginterpretasi data dimantapkan dalam kalangan peserta supaya mereka berupaya memacu perubahan dan menilai tindakan penambahbaikan di sekolah berfokuskan data menggunakan PinTaS. Bagi memastikan pelaksanaan proses penambahbaikan dilaksanakan dengan berkesan di sekolah, para peserta juga dilatih menggunakan OPPM sebagai alat yang cekap untuk memantau dan mengawal pelaksanaannya. Dalam masa yang sama adalah diharapkan komuniti pembelajaran profesional dilaksanakan dalam kalangan warga sekolah bagi meningkatkan kualiti PdP untuk memacu perubahan di sekolah masing-masing.

TS25 Modul 1 : Bimbingan dan Pementoran

Modul 1 memberi pendedahan kepada konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dengan mengaitkan kepada PPPM. Peranan pemegang taruh dan pemimpin pertengahan sangat dititikberatkan dalam melaksanakan TS25. Untuk memperkukuhkan peranan tersebut, bimbingan dan pementoran perlulah menjadi amalan biasa dalam sekolah TS25.

Wednesday, May 6, 2020

Alhamdulillah..
Admin dan seluruh warga PK Pentadbiran Sekolah Menengah NS ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Haji Md Fiah bin Md Jamin di atas perlantikan sebagai Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang baharu menggantikan Dato' Hj. Pkharudin bin Hj. Ghazali.. Semoga JPNS akan terus cemerlang di bawah kepimpinan Tn Hj Md Fiah bin Md Jamin serta sokongan semua warga pendidik NS..
.
"Hendak Maju Berusaha"
.
Thank You Allah.

Tuesday, May 5, 2020

Alhamdulillah..

Admin serta warga PK Pentadbiran Sekolah Menengah NS ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato' Hj. Pkharuddin b Hj Ghazali di atas perlantikan sebagai Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia yang baharu.Semoga Dato' terus cemerlang di jawatan yang baru dan memberi perkhidmatan yang terbaik serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt..
.
Thank You Allah.