picasion.com

Tuesday, May 26, 2020

Jiwa Guru.

Bahan rujukan PBPPP 2020

Bahan rujukan untuk PK Pentadbiran..Dimohon semua PKP memuat turun bahan di bawah sebagai rujukan dan panduan. Terima kasih.

TS25 Modul 3 : Menerajui Pembelajaran

Modul 3 ini memberi penekanan kepada elemen-elemen penting berkaitan dengan pedagogi guru yang menjana kemenjadian murid. Fokus modul ialah amalan dan pendekatan pedagogi abad ke-21, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi, menggunakan pelbagai gaya pembelajaran, mengaplikasikan pentaksiran berterusan dan menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ke arah pembelajaran berkesan. Modul ini juga boleh merangsang transformasi sekolah melalui peningkatan profesionalisme guru dan pembelajaran murid.


TS25 Modul 2 : Menerajui Kepimpinan

Modul 2 memberi penekanan kepada pembinaan keupayaan dan kapasiti pemimpin sekolah untuk mengupayakan pemimpin pertengahan dalam menggerakkan program transformasi di sekolah masing-masing. Kemahiran menganalisis dan menginterpretasi data dimantapkan dalam kalangan peserta supaya mereka berupaya memacu perubahan dan menilai tindakan penambahbaikan di sekolah berfokuskan data menggunakan PinTaS. Bagi memastikan pelaksanaan proses penambahbaikan dilaksanakan dengan berkesan di sekolah, para peserta juga dilatih menggunakan OPPM sebagai alat yang cekap untuk memantau dan mengawal pelaksanaannya. Dalam masa yang sama adalah diharapkan komuniti pembelajaran profesional dilaksanakan dalam kalangan warga sekolah bagi meningkatkan kualiti PdP untuk memacu perubahan di sekolah masing-masing.

TS25 Modul 1 : Bimbingan dan Pementoran

Modul 1 memberi pendedahan kepada konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dengan mengaitkan kepada PPPM. Peranan pemegang taruh dan pemimpin pertengahan sangat dititikberatkan dalam melaksanakan TS25. Untuk memperkukuhkan peranan tersebut, bimbingan dan pementoran perlulah menjadi amalan biasa dalam sekolah TS25.