Tuesday, May 26, 2020

TS25 Modul 2 : Menerajui Kepimpinan

Modul 2 memberi penekanan kepada pembinaan keupayaan dan kapasiti pemimpin sekolah untuk mengupayakan pemimpin pertengahan dalam menggerakkan program transformasi di sekolah masing-masing. Kemahiran menganalisis dan menginterpretasi data dimantapkan dalam kalangan peserta supaya mereka berupaya memacu perubahan dan menilai tindakan penambahbaikan di sekolah berfokuskan data menggunakan PinTaS. Bagi memastikan pelaksanaan proses penambahbaikan dilaksanakan dengan berkesan di sekolah, para peserta juga dilatih menggunakan OPPM sebagai alat yang cekap untuk memantau dan mengawal pelaksanaannya. Dalam masa yang sama adalah diharapkan komuniti pembelajaran profesional dilaksanakan dalam kalangan warga sekolah bagi meningkatkan kualiti PdP untuk memacu perubahan di sekolah masing-masing.

TS25 Modul 1 : Bimbingan dan Pementoran

Modul 1 memberi pendedahan kepada konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dengan mengaitkan kepada PPPM. Peranan pemegang taruh dan pemimpin pertengahan sangat dititikberatkan dalam melaksanakan TS25. Untuk memperkukuhkan peranan tersebut, bimbingan dan pementoran perlulah menjadi amalan biasa dalam sekolah TS25.

Wednesday, May 6, 2020

Alhamdulillah..
Admin dan seluruh warga PK Pentadbiran Sekolah Menengah NS ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Haji Md Fiah bin Md Jamin di atas perlantikan sebagai Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang baharu menggantikan Dato' Hj. Pkharudin bin Hj. Ghazali.. Semoga JPNS akan terus cemerlang di bawah kepimpinan Tn Hj Md Fiah bin Md Jamin serta sokongan semua warga pendidik NS..
.
"Hendak Maju Berusaha"
.
Thank You Allah.

Tuesday, May 5, 2020

Alhamdulillah..

Admin serta warga PK Pentadbiran Sekolah Menengah NS ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato' Hj. Pkharuddin b Hj Ghazali di atas perlantikan sebagai Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia yang baharu.Semoga Dato' terus cemerlang di jawatan yang baru dan memberi perkhidmatan yang terbaik serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt..
.
Thank You Allah.